Saturday, 16 February 2013

Pengenalan Bicara



Muqaddimah

Assalamualaikum, Bismillahirahman arahim dengan nama Allah kami mulakan blog ini, mudah-mudahan akan mendapat berkat daripada Allah seterusnya dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca sekalian.

Gambar masjid di Thai. Ambil dari FB sepupu. 

Blog yang tidak update tanpa entri yang bermanfaat ibarat rumah yang kosong tanpa penghuni. Oleh sebab itulah kami mulakan set-up blog baru hasil gabungan di antara dua blog iaitu awe-donde dan sungai-syurga. Kami namakan sebagai Kalamqalbuna yang bermaksud kata hati kami. Kami berdua mempunyai minat yang sama(menulis) tapi atas dasar kekangan masa yang terhad blog kami hampir tidak terusik tanpa entri yang baru.

Maka dengan percampuran idea, gabungan gaya penulisan Inshaallah dapat memberikan nafas baru kepada blog kami.


Gambar kereta api Yala ke Bangkok. 

Sedikit pengenalan diri tentang penulis:

Blog awe-donde

Azmir Azri Ahmad tuan rumah kepada blog awe-donde blogspot. Blog yang berkisarkan tentang permasaalahan fiqh, terutama dalam masaalah fiqh muamalat serta iktibar pengalaman yang dilalui ketika perjalanan ke Jordan, Syria, Kuwait, Turkey dan juga pengalaman ke Tanah Suci Mekah dan juga travelog Haji. Merupakan bekas anak didik Ma’ahad Tahfiz Alquran, kemudian lulus Sarjana Syariah (fiqh wa usul) di Universiti Mu’tah Jordan. Sekarang bertugas sebagai pegawai Shariah Advisory & Development di Kuwait Finance House.


Tasneem Sayorwan bt Faisol merupakan tuan punya blog sungai-syurga. Asal daripada Bangkok, dan Warganegara Thailand. Walaupun pada mulanya tidak pandai berbahasa Melayu, tetapi atas anugerah Allah beliau fasih Bahasa Thailand, Bahasa Malaysia.. Beliau juga aktif dalam penterjemahan daripada Bahasa Thai kepada Bahasa Malaysia dan sebaliknya. Sesiapa yang memerlukan khidmat penterjemahan ataupun mempunyai masaalah ketika di Bangkok boleh hubungi  penulis di alamat email tasneem.sayorwan@gmail.com

WHY THIS BLOG WAS SET-UP?

Kami menulis bukan sekadar untuk kepuasan diri, tetapi untuk memberikan info, manfaat yang berguna kepada pembaca, Inshaallah.Kami mempunyai pilihan untuk menulis blog pasal kehidupan artis, sukan,bola, kehidupan diri sendiri, penulisan akademik dan sebagainya mungkin menarik ramai pengunjung ke blog, tetapi kami akan memilih  menulis dengan gaya tulisan separa formal, gaya yang senang difahami. Inshaallah, awe-donde akan mengekalkan gaya separa akademik, berkisar tentang permasaalahan fiqh, muamalat, perbankan dan sebagainya, manakala penulis kedua megekalkan gaya santai sepertimana blog terdahulu. Kami berhasrat ingin berkongsi maklumat tentang prosedur berkahwin dengan bukan warganegara. Mungkin di sana ada ramai lagi tidak tahu bagaimana prosedur untuk kahwin dengan bukan warganega Malaysia. Oleh kerana prosedur di dalam website kerajaan maklumatnya tidak cukup lengkap. Sekurang-kurangnya perkongsian kami selepas ini dapat membantu atau memudahkan urusan pembaca untuk melakukan prosedur pernikahan dengan bukan warganegra.

Akhir sekali, penulis juga mengalu-alukan komen, artikel, pendapat dan kritikan yang membina untuk manfaat semua ‘ummah’ dan juga untuk manfaat bukan non-muslim yang berminat dengan agama Islam.

Thank you and Allah knows best.

Awe-donde & Tasneem Sayorwan.




No comments:

Post a Comment